
Assalamualaikum wbt dan salam hormat.
Hari ini hari Sabtu bertarikh 18 Oktober 2025. Minggu ini kita akan menghadapi cuti yang agak panjang sempena cuti Depavali.
Jadi, sambil aku mendengar dan menonton YouTube yang berkaitan dengan Tuan Azizi Ali tentang cara kita mengawal kewangan peribadi di waktu PKP sebelum ini, aku hendak membahas sedikit tentang buku Azizi Ali yang bertajuk tentang MASA UNTUK EMAS.
Semalam aku cuba melihat graf harga emas di Trading View, harga emas sekarang ini sedang dalam keadaan menaik betul. Jadikah aku berfikir adakah pada masa ini aku perlu menyimpan dalam emas atau perak. Padahal dua hari lepas aku baru buka akaun Public Gold atas nama isteri aku untuk masuk di bawah tim emas Azizi Ali.
Adakah sekarang ini pada masa aku menulis di blog ini adalah waktu yang sesuai untuk emas selain saham, unit amanah, fcpo, dan hartanah? Adakah mungkin ada sesuatu yang berkaitan dengan kenaikan harga emas ini?
Buku ini aku beli pada 17 Oktober 202, bertajuk MASA UNTUK EMAS : Bagaimana untuk melabur dalam emas dengan tepat dan mengelak kesilapan-kesilapan yang besar.
Dari tajuk buku ini sahaja kita sudah tahu, bahawa kita mesti ada pengetahuan dalam benda atau perkara yang hendak kita lakukan. Jadi apabila aku hendak menyimpan atau melabur dalam emas, aku mesti belajar atau mendapatkan ilmu dalam hal-ehwal pelaburan emas.
Dalam buku ini ada diceritakan tentang serba sedikit sejarah emas, sejarah pemutusan sandaran emas dengan dollar, cerita tentang sejarah inflasi.
Apa kelebihan dan kekurangan tentang pelaburan emas?
Antara kelebihannya ialah kita pegang fizikal emas itu sendiri dan boleh dibawa ke mana-mana sahaja. Kekuranganya ialah pelaburan emas ini tidak mendatangkan pulangan seperti sewaan.
Siapa Azizi Ali yang merupakan penulis buku ini. Azizi Ali ialah seorang pakar kewangan peribadi terkemuka di Malaysia, terkenal sebagai penulis, penceramah motivasi, dan pelabur hartanah. Beliau merupakan antara tokoh terawal yang memperkenalkan konsep kebebasan kewangan (financial freedom) kepada masyarakat Malaysia dengan gaya yang mudah difahami dan praktikal.
https://s.shopee.com.my/10uOtGXqCp
https://s.shopee.com.my/10uOtGXqCp
https://s.shopee.com.my/10uOtGXqCp
Antara karya beliau yang popular termasuk:
• Jutawan dari Planet Jupiter
• Millionaires are from a Different Planet
• Wang, Anda dan EMAS
• Azizi Ali on Property Investment
Beliau juga sering menekankan aspek seperti:
• Pengurusan hutang dengan berdisiplin
• Pelaburan dalam hartanah, emas, dan unit amanah
• Pentingnya simpanan dan tabiat kewangan yang bijak
• Menjana pendapatan pasif untuk mencapai kebebasan kewangan
Buku Masa Untuk Emas karya Azizi Ali merupakan panduan praktikal yang membuka mata pembaca tentang kuasa sebenar emas sebagai pelindung dan pembina kekayaan jangka panjang. Dalam dunia yang dipenuhi ketidaktentuan ekonomi, inflasi, dan kejatuhan nilai mata wang, Azizi Ali menyeru agar masyarakat kembali kepada aset yang terbukti kukuh sejak beribu tahun – emas.
Melalui gaya penulisan yang ringkas, berfakta dan bersahaja, beliau menerangkan mengapa emas kekal bernilai dari zaman Firaun hingga ke era moden. Buku ini menjelaskan peranan emas bukan sekadar logam berkilau, tetapi sebagai “simpanan sebenar” yang bebas daripada risiko politik, krisis kewangan, dan manipulasi pasaran.
Azizi Ali menghuraikan pelbagai bentuk pelaburan emas — daripada jongkong, syiling dan dinar, hinggalah kepada akaun simpanan emas digital — sambil membimbing pembaca memilih kaedah paling sesuai mengikut kemampuan masing-masing. Beliau turut mengingatkan bahawa pelaburan emas bukan skim cepat kaya, sebaliknya merupakan strategi melindungi dan memelihara nilai kekayaan secara konsisten.
Dengan panduan langkah demi langkah, prinsip disiplin, dan contoh nyata, Masa Untuk Emas memberi inspirasi kepada pembaca untuk mula menabung emas sedikit demi sedikit, menjadikannya sebagai asas kukuh menuju kebebasan kewangan sebenar.
Ringkasnya, buku ini ialah panggilan sedar kepada semua — bahawa masa untuk bertindak ialah sekarang, dan masa untuk emas adalah hari ini.
Anda berminat beli buku ini anda boleh beli di kedai beliau di Shopee https://s.shopee.com.my/10uOtGXqCp

