Skip to content
BUkU DIGITAL

Bicara Tentang Buku Digital

BUkU DIGITAL

Bicara Tentang Buku Digital

  • Takaful

Apa Yang Saya Dapat Pelajari Dari Buku “Rich Dad Poor Dad” – Telah Mengubah Cara Fikir Tentang Wang.

admin, 20/10/202520/10/2025

Sejujurnya, buku Rich Dad Poor Dad karya Robert Kiyosaki antara buku pendidikan ilmu perancangan kewangan peribadi yang benar-benar membuka mata saya tentang perancangan kewangan peribadi sebenar dan gaya bahasa penulisan yang mudah orang awam seperti saya untuk memahaminya. Ia bukan sekadar tentang cara mencari duit, tetapi tentang cara berfikir mengenai wang, sesuatu yang jarang atau langsung tidak diajar di sekolah.

Beli buku RICH DAD POOR DAD.

Dalam buku ini, Robert Kiyosaki menceritakan pengalamannya dibesarkan oleh dua orang “ayah” iaitu ayah kandungnya yang dipanggil sebagai Poor Dad dan ayah kepada sahabatnya Mike yang dipanggil Rich Dad. Robert Kiyosaki sayang kedua-dua ayahnya ini, tetapi mereka mempunyai pandangan yang sangat berbeza tentang pendidikan, kerja, dan kewangan.

1. Dua Dunia, Dua Falsafah Hidup

Poor Dad percaya bahawa pendidikan formal dan pekerjaan tetap yang terjamin adalah jalan kejayaan. “Belajar rajin-rajin supaya dapat kerja bagus,” katanya. Sebaliknya, Rich Dad menasihatkan supaya untuk belajar memahami bagaimana wang bekerja, bukan sekadar bekerja untuk wang.

Perbezaan cara berfikir inilah yang menjadi titik tolak kepada keseluruhan mesej buku ini. Saya sedar, ramai antara kita juga dibesarkan dengan nasihat seperti Poor Dad, kerja kuat, kumpul duit, beli rumah, dan harap semuanya akan baik. Tetapi realitinya, dunia sekarang sudah berubah. Dulu kita mengejar untuk mendapatkan kerja dengan kerajaan supaya kita dapat pencen tetapi sekarang mungkin pencen sudah tiada. Kita mengharapkan subsidi dari kerajaan, tetapi sampai bilakah kerajaan nak beri subsidi, lambat laun akan ditarik juga subsidi.

2. Wang Bukan Masalah, Cara Fikir Itu Yang Utama

Satu ayat dalam buku ini yang betul-betul melekat di kepala saya ialah:

“Masalah sebenar bukan kekurangan wang, tetapi kekurangan ilmu dan cara berfikir tentang wang.”

Saya perasan, apabila kita sering berkata “saya tak mampu”, minda kita berhenti mencari jalan. Tapi bila kita ubah kepada “macam mana saya boleh mampu?”, tiba-tiba muncul idea, peluang dan cara baharu. Itulah kekuatan cara fikir (mindset). Ia menentukan sama ada kita terus terperangkap dalam kesempitan, asyik mengeluh  atau mula mencari jalan keluar.

3. Bezakan Antara Aset dan Liabiliti

Inilah bahagian paling penting yang saya pelajari, apa itu dan apa perbezaan antara aset dan liabiliti.

• Aset: sesuatu yang memasukkan wang ke dalam poket kita.

• Liabiliti: sesuatu yang mengeluarkan wang dari poket kita.

Robert Kiyosaki menyedarkan saya bahawa ramai orang sebenarnya keliru. Kita sangka rumah besar dan kereta mewah itu “pelaburan”, sedangkan setiap bulan kita perlu keluarkan duit untuk bayar pinjaman, cukai, dan penyelenggaraan. Itu liabiliti, bukan aset.

Aset sebenar ialah perkara yang menjana pendapatan walaupun kita tidak bekerja, contohnya pelaburan hartanah, emas, saham atau bisnes yang beroperasi sendiri.

4. Pendidikan Kewangan Lebih Penting Daripada Gaji Tinggi

Buku ini juga menekankan tentang pendidikan kewangan. Ia bukan bermaksud belajar perakaunan atau ekonomi semata-mata, tetapi belajar cara mengurus, melabur, dan melindungi wang kita.

Dalam keadaan dunia yang tidak menentu, inflasi meningkat dan kos sara hidup naik, kita perlu lebih bijak memahami aliran wang tunai (cashflow). KWSP, simpanan, dan pelaburan bukan lagi pilihan sampingan, ia sudah boleh dianggap sebagai keperluan untuk masa depan.

5. Kebebasan Kewangan Bermula Dengan Keberanian Mengubah Diri

Robert Kiyosaki berulang kali menulis bahawa orang kaya tidak semestinya mempunyai gaji tinggi, tetapi mereka mempunyai ilmu, keberanian dan disiplin kewangan.

Beliau juga menulis:

“Orang miskin dan kelas pertengahan bekerja untuk wang. Orang kaya menjadikan wang bekerja untuk mereka.”

Saya amat bersetuju. Dunia hari ini memberi banyak peluang, tetapi hanya kepada mereka yang bersedia mengubah cara berfikir dan sanggup belajar perkara baharu.

Beli buku RICH DAD POOR DAD.

Beli buku RICH DAD POOR DAD.

Beli buku RICH DAD POOR DAD.

Kesimpulan.

Bagi saya, Rich Dad Poor Dad bukan sekadar buku kewangan, ia buku tentang cara membina kebebasan hidup. Ia mengajar saya untuk berfikir jangka panjang, menilai semula perbelanjaan, dan mula membina aset sedikit demi sedikit.

Kalau anda baru mula mengenal dunia kewangan peribadi, inilah antara buku yang perlu dibaca. Mesejnya jelas:

“kekayaan sebenar bukan pada jumlah wang, tetapi pada kebebasan memilih cara hidup sendiri.”

Beli buku RICH DAD POOR DAD.

Share this:

  • Facebook
  • X
Umum

Post navigation

Previous post
Next post

Related Posts

Urus Kewangan Ketika Hutang Lebih Besar Dari Pendapatan: Untuk Bangkit Dari Krisis Kewangan.

18/10/202518/10/2025

Dalam dunia hari ini yang penuh cabaran ekonomi, ramai individu dan keluarga menghadapi situasi kewangan yang amat mencabar. Salah satu masalah yang semakin kerap berlaku ialah apabila jumlah hutang lebih besar dari pendapatanbulanan. Artikel ini akan membincangkan cara urus kewangan ketika dalam hutang lebih besar dari pendapatan dengan pendekatan yang praktikal,…

Share this:

  • Facebook
  • X
Read More
Umum

Duit Boleh Susut, Emas Kekal Bernilai: Pelajaran Daripada Azizi Ali

19/10/202519/10/2025

Assalamualaikum wbt dan salam hormat. Hari ini hari Sabtu bertarikh 18 Oktober 2025. Minggu ini kita akan menghadapi cuti yang agak panjang sempena cuti Depavali. Jadi, sambil aku mendengar dan menonton YouTube yang berkaitan dengan Tuan Azizi Ali tentang cara kita mengawal kewangan peribadi di waktu PKP sebelum ini, aku…

Share this:

  • Facebook
  • X
Read More

Salam perkenalan.

11/10/202411/10/2024

Assalamualaikum wbt. Setelah sekian lama berhenti buat blog. Kali ini aku mampir untuk membuat satu blog tentang buku digital atau yang kita panggil ebook. Sudah bertahun aku tidak membuat blog dengan wordpress. Kali ini aku memang sudah merancang untuk kembali membuat wordpress, di mana sebelum ini aku telah dapat idea…

Share this:

  • Facebook
  • X
Read More

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Posts

  • Kaedah Pembahagian Harta Pusaka dan Kepentingan Wasiat — Ulasan Buku Ustaz Ghazali Ibrahim
  • Apa Yang Saya Dapat Pelajari Dari Buku “Rich Dad Poor Dad” – Telah Mengubah Cara Fikir Tentang Wang.
  • Duit Boleh Susut, Emas Kekal Bernilai: Pelajaran Daripada Azizi Ali
  • Urus Kewangan Ketika Hutang Lebih Besar Dari Pendapatan: Untuk Bangkit Dari Krisis Kewangan.
  • Penimbang Digital: Adakah Ia Berbaloi Untuk Dibeli?

Recent Comments

No comments to show.

Archives

  • November 2025
  • October 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024

Categories

  • Bisnes Air Balang
  • Bisnes Komputer
  • Buku
  • Canva
  • Exabyte: Domain & Hosting
  • Review
  • Temuduga Kerajaan
  • Umum
©2026 BUkU DIGITAL | WordPress Theme by SuperbThemes